Rabu, 10 April 2013, Pasukan Sktt telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bola Jaring Zon Bingkor. Pertandingan yang telah diadakan di SK Binaong itu menyaksikan SK Luagan telah muncul sebagai juara.
Monday, April 15, 2013
Monday, April 8, 2013
BICARA BERIRAMA, SK TUARID TAUD MENDAPAT TEMPAT KETIGA
Selasa, 2 April 2013, Pasukan Sktt telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan "Bicara Berirama" Peringkat Zon Bingkor yang telah berlangsung di Sk. Kg. Baru. Walaupun tidak banyak membuat persiapan dan latihan, namun pasukan dari Sktt tidak mudah mengalah.
Wednesday, February 27, 2013
SK Tuarid Taud Johan Pertandingan Bola Sepak Zon Bingkor
Khamis, 21 Februari 2013, Sktt telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Bola Sepak Zon Bingkor yang telah berlangsung di SK Bingkor selepas mengalahkan Sk Bingkor dengan 3 jaringan dalam pertandingan akhir. Tahniah...
Monday, January 7, 2013
Thursday, January 3, 2013
Guru Baru Sktt 2013
Rabu, 2 januari 2013, sktt bertuah kerana mendapat guru baru iaitu Pn. Hafizah Rina Manju. Beliau berasal dari Tenom, Sabah. Diharapkan dengan kehadiran beliau akan memantapkan prestasi Sktt.
Wednesday, January 2, 2013
Hari Pertama Persekolahan Sk Tuarid Taud 2013
Rabu, 2 januari 2013, Sk Tuarid Taud seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia telah berjaya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar bermula hari yang pertama persekolahan. Walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi bilik darjah yang belum sepenuhnya disiapkan selepas menjalani pembaikan bermula November 2012 yang lepas, namun murid-murid dan para guru begitu bersemangat di dalam melaksanakan sesi pembelajaran. Masalah kekurangan meja juga amat ketara tetapi ia berjaya diatasi apabila semua meja lama telah digunakan semula. Semoga tahun 2013 membawa tuah buat Sk Tuarid Taud terutama dalam peningkatan prestasi UPSR.
Monday, November 19, 2012
2 Orang Murid Sk Tuarid Taud Mendapat 5A
Isnin, 19 November 2012, Murid-murid Sk Tuarid Taud Keningau, Sabah membuktikan bahawa kekurangan infrastruktur sekolah tidak menghalang mereka cemerlang dalam UPSR. Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini menyaksikan seramai 2 orang calon telah berjaya mendapat 5 A iaitu Darren dan Erna, 6 Orang mendapat 4 A dan 6 orang mendapat 3A. Peratus kelulusan juga telah meningkat kepada 58 peratus iaitu seramai 47 orang daripada 81 orang calon. Bahasa Malaysia Kefahaman mencatatkan keputusan tertinggi iaitu 82.7% diikuti Sains 79%, Bahasa Inggeris 77.8%, Matematik 72.8% dan Bahasa Malaysia Penulisan 64.2%. Sk Tuarid Taud memperolehi GPS 2.68. Tahniah kepada semua yang telah berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






