Monday, December 29, 2008

Hijrah Untuk Perubahan

Hari ini umat Islam menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H. Semoga tahun baru ini menyuntik semangat baru kepada warga sktt untuk membaiki diri menjadi lebih baik. Kepada pelajar, jadilah pelajar yang cemerlang. Kecemerlangan yang mampu memberi senyuman kepada ibu bapa. Kepada guru, tingkatkan semangat untuk terus mendidik anak bangsa yang bakal mencorak dunia akan datang.

Sekolah menerima 4 guru baru

Nampaknya semakin cerialah Sk Tuarid Taud yang akan menerima 4 lagi guru baru. Ehem dengarnya ada guru lelaki. Alhamdulillah Syukur... Sama-sama lah kita nantikan kemunculan mereka.

Tuesday, December 23, 2008

2 Minggu lagi

Nampaknya cuti sekolah tidak lama lagi akan berakhir. Diharapkan agar semua warga sekolah Sk Tuarid Taud sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan. Pastikan segala peralatan dan keperluan sekolah telah tersedia. Ambillah peluang masa yang masih ada untuk mencari peralatan kalau masih belum ada. Kepada guru-guru pula jangan lupa dengan RPH dan RPT. Jadual pengagihan waktu telah diberi. Cuma jadual masa je yang belum. Jangan pula tercari-cari apabila sekolah dah buka.

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga Sk Tuarid Taud yang beragama Islam. Semoga ibadah korban diterima oleh Allah dan semoga dapat mencetuskan semangat untuk berkorban demi agama dan kerana Allah.