Thursday, October 30, 2008

Acara Belapan





Acara 200 m terbuka yang telah dikuasai oleh peserta rumah Biru.











Acara 200 M yang telah dikuasai oleh peserta rumah Biru.

Tuesday, October 28, 2008

Jamuan Aidilfitri

Selasa, 28 Oktober : Guru-guru Sk Tuarid Taud telah mengadakan jamuan Aidilfitri bersama-sama guru-guru pagi dan petang. Jamuan ini telah dijayakan dengan guru-guru yang beragama Islam membawa makanan masing-masing dari rumah. Antara menu yang istimewa ialah satay yang telah disponsor oleh En. Asri. Selepas jamuan, mesyuarat susulan sukan sekolah telah diadakan.

Sunday, October 26, 2008

Gotong Royong Perdana












Sabtu, 25 Oktober : Sk Tuarid Taud telah mengadakan Gotong Royong Perdana. Seramai kira-kira 100 orang telah hadir untuk menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dari semak samun seterusnya menceriakan kawasan sekolah menjelang sukan sekolah yang akan diadakan pada 29-30 Oktober depan. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta kemudiannya diberi taklimat dan pengagihan kawasan kerja oleh penyelaras program ini iaitu En. Severinus. Gotong-royong selesai pada kira-kira jam 11.30 pagi dan peserta-peserta telah disediakan sedikit jamuan ringan.



Thursday, October 23, 2008

Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Gabungan Keningau 2008

6 orang pelajar Sk Tuarid Taud telah dipilih untuk menghadiri Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Gabungan Keningau 2008. Seminar ini akan diadakan di SMK Gunsanad, Keningau pada 28 Oktober 2008.

NATIONAL SPACE CHALLENGE

Tuesday, October 21, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2008






Pelajar-pelajar tahun 5 Bestari khusyuk menjawab soalan






Seorang pelajar tahun 6 Bestari sedang memikirkan jawapan










Penuh keyakinan, pelajar tahun 6 Harapan










Pelajar tahun 6 Intelek tekun menjawab soalan

Monday, October 20, 2008

National Space Challenge


Tahniah kepada 2 pelajar Sk Tuarid Taud, Joshua Junigo dan Khairah Atiqah Kasiman dari 4 Intelek kerana terpilih mengikuti pertandingan National Space Challenge. Pertandingan tersebut akan diadakan di Planetarium Negara 20-25 Oktober. Good luck... oh ya mereka akan di iringi oleh seorang guru yang sporting Cik Yusniati Yusof... jaga pelajar itu baik-baik ya cikgu...

Sunday, October 19, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2008



Minggu depan 21 Oktober merupakan detik terpenting pelajar Sk Tuarid Taud kerana akan menduduki peperiksaan Akhir Tahun. Pesanan untuk pelajar .... try your best .... setiap orang dilahirkan untuk berjaya .... don't give up ... yakinlah anda boleh berjaya SUCCESS , SUCCESS, SUCCES

Saturday, October 18, 2008

SEJARAH SEK. KEB. TUARID TAUD

Sebelum Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud dibina dan dibuka untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran anak-anak penduduk Kampung Tuarid Taud, Kampung Kota Ayangan dan Kampung Toboh Laut bersekolah dibeberapa sekolah rendah yang sedia ada seperti SK. Pekan Keningau, SK. Luagan dan SRK. St. Francis Xavier Keningau. Pada masa itu murid sekolah yang datang dari kampung ini pergi ke sekolah dengan berjalan kaki dan berbasikal sahaja.

Keadaan ini mendapat perhatian dan simpati daripada mantan alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh. Beliau menghubungi ketua kampung-ketua kampung dari ketiga-tiga buah kampung ini supaya memohon sebuah sekolah bagi kemudahan anak-anak mereka belajar. Setelah permuafakatan diantara ketua-ketua ini diperolehi, alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh berusaha sehingga permohonan tersebut mendapat kelulusan.

Bangunan asal sekolah yang dibina di atas tanah kerajaan pada tahun 1965 telah mula digunakan pada tahun 1966. Lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan ketiga-tiga buah kampung yang disebutkan tadi. Oleh kerana Kampung Tuarid Taud merupakan kampung yang paling lama wujud diantara ketiga-tiga buah kampung tersebut, maka ketiga-tiga ketua kampung iaitu ;
Ketua Kampung Tuarid Taud - KK. Oripon Takasan
Ketua Kampung Toboh Laut - KK. Kipau
Kampung Kota Ayangan - KK. Asum B Bukil
telah bersetuju menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud Keningau.

Semasa sekolah ini mula dibuka sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan sekolah yang berlantaikan simen atas tanah (ground floor) iaitu satu kelas dan satu bilik pejabat yang berukuran 6” x 10”. Apabila sahaja sekolah ini dibuka ramai daripada murid yang bersekolah di SK. Pekan, SK. Luagan dan SRK. ST. Francis Xavier Keningau telah berpindah ke sekolah ini. Jumlah murid yang telah mendaftar semasa sekolah ini mula dibuka ialah 90 orang. Oleh kerana satu bilik darjah tidak boleh menampung bilangan murid seramai 90 orang , maka satu bilik darjah sementara telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung. Bangunan ini dibuat berlantaikan tanah dan dinding separuh bambu.

Suasana belajar pada masa itu, sungguh tidak selesa tetapi murid dari sekitar sekolah ini tidak mempunyai pilihan sehinggalah pada tahun 1976 apabila bangunan baru Blok I yang dibiayai oleh Bank Dunia siap dibina.

Pelan Sekolah



Bangunan Blok Sekolah Terkini


Padang


Kantin


Makmal Komputer


Bangunan kelas


Bangunan kelas


Bangunan pejabat

PROFAIL SEK. KEB. TUARID TAUD

NAMA PREMIS

: SEKOLAH KEBANGSAAN TUARID TAUD

PPD

: KENINGAU

ZON

: ZON 10

SESI PERSEKOLAHAN

: 2 SIDANG

TAHUN BINA

: 1966

BANDAR RUJUKAN UTAMA

: KENINGAU

EKML

: P

BANDAR KECIL TERHAMPIR

: KENINGAU

PERSEKITARAN FIZIKAL

: LUAR BANDAR

A. PERHUBUNGAN & PENGANGKUTAN

1

NAMA GURU BESAR

: FRED VINCENT MARUKAU

2

NO. TELEFON GURU BESAR

: 019-5817326

3

NO. TELEFON SEKOLAH

: 087-331623

4.

NO. FAKSIMILI

: 087-331623

5

KAEDAH PENGANGKUTAN (dari bandar rujukan utama) :


Jenis Pengangkutan

Jarak (km)


DARAT

(KERETA, BAS dsbg.)

4

B. SAIZ

Jenis Kawasan

Keluasan (Ekar)

HUTAN (BELUM DIBUKA)

-

BERUMPUT

3

BERAIR

-

BERTURAP/ADA BINAAN

1.6

KESELURUHAN

4.6

C . SUMBER MANUSIA

Kategori

Kuantiti (orang)

KT Mengajar

44

KT Bukan Mengajar

3

Murid

525

D. BEKALAN API & AIR

Bekalan

Tempoh Bekalan Sehari (Jam)

Sumber

Elektrik

24

SESB

Air

24

JABATAN AIR

E. STRUKTUR FIZIKAL :

1

PAGAR

: ADA

2

JENIS BINAAN BANGUNAN

: PAPAN

3

BLOK BANGUNAN :


Bangunan

Bilangan Blok


SATU TINGKAT

7

JUMLAH BLOK BANGUNAN

7

4

RUANG / BINAAN KHUSUS /ASET :


Jenis Ruang/Binaan/Aset

Kuantiti


PEJABAT AM

1


BILIK GURU

1


BILIK DARJAH

9


BILIK KHAS

-


BILIK MESYUARAT

-


TANDAS (PINTU)

10


BILIK MANDI / PERSALINAN

-


SETOR

1


PONDOK JAGA

1


SURAU

1 (PIBG)


DEWAN

-


MAKMAL KOMPUTER

1


KELAS PRA-SEKOLAH

-


PINTU PAGAR BERFUNGSI

1


KANTIN

1


RUMAH GURU

5


JANAKUASA SOLAR HIBRID

-


KENDERAAN KERAJAAN

-


POKOK HIASAN (ATAS TANAH)

150


POKOK HIASAN (DALAM PASU)

100


POKOK BUAH

8


Guru-Guru Besar SKTT 1966 - Sekarang