Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


WARGA SK TUARID TAUD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.... SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN MAKMUR. KAMI SEMUA MENYAYANGIMU MALAYSIA.....

Monday, August 24, 2009

Akademi UPSR

HARI PENUTUPAN DAN MAJLIS PENUTUPAN








HARI KEEMPAT AKADEMI UPSR




HARI KETIGA AKADEMI UPSR




HARI KEDUA AKADEMI UPSR




HARI PERTAMA AKADEMI UPSR

Akademi UPSR


Bermula 24 - 28 Ogos 2009, Pelajar-pelajar tahun 6 akan mengikuti akademi UPSR. Program ini merupakan usaha terakhir untuk memastikan pelajar-pelajar Sk Tuarid Taud yang akan menduduki UPSR pada tahun ini mencapai kejayaan yang cemerlang. Selamat berjaya.....

Thursday, August 20, 2009

Majlis Bacaan Yasin, Solat hajat dan Pelancaran Ihya' Ramadhan

Majlis bacaan Yasin, solat hajat dan pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam Sktt di Masjid GDW Kg. Kota Ayangan malam tadi. Majlis ini diadakan sempena Peperiksaan UPSR dan sambutan Ramadhan. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin. Selepas Solat Isyak berjemaah, majlis diisi dengan ceramah/tazkirah ringkas diambang Ramadhan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ust Hj. Muhd Haziq. Majlis diakhiri dengan ucapan pelancaran Ihya' Ramadhan oleh Ust. Syed Muhd. Zuki. Selepas majlis, para hadirin dijamu dengan sedikit jamuan. Sambutan dari para Ibu bapa terhadap majlis ini sangat baik dan menggalakkan.

Friday, August 14, 2009

Majlis Perpisahan Cikgu Santi dan Masferanah


Terima Kasih Cikgu Santi dan Cikgu Masferanah




Hari ini merupakan hari terakhir 2 orang guru pelatih yang telah menamatkan tempoh praktikum di sekolah ini. Cikgu Santi dan Cikgu Masferanah telah bersama-sama warga Sktt selama 5 minggu. Sktt merupakan sekolah terakhir mereka praktikum sebelum menamatkan pengajian. Bagi meraikan mereka, warga Sktt telah mengadakan majlis perpisahan untuk mereka. "Kami warga Sktt mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kamu kepada Sktt. Kami doakan kamu berdua berjaya... Good Luck... "

Thursday, August 13, 2009

Kami menyayangi mu Malaysia

Semangat Kemerdekaan






Aura hari kemerdekaan semakin dirasa oleh semua rakyat Malaysia. Sktt juga tidak terlepas dari aura tersebut. Sebaik sahaja pelancaran kempen kibarkan jalur gemilang yang dilancar oleh Perdana Menteri, Sktt terus menyahutnya. Hari ini Sktt mula mengibarkan jalur gemilang di sekitar sekolah.

Wednesday, August 12, 2009

Monday, August 10, 2009

Selamat Menempuh PRA UPSR

Hari ini pelajar tahun 6 Sktt mengharungi satu lagi peperiksaan sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar. PRA UPSR merupakan peperiksaan di bawah program kecemerlangan UPSR Zon Bingkor. Soalan-soalan peperiksaan digubal dan disediakan oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah-sekolah Zon Bingkor. Diharapkan peperiksaan ini mampu memberikan impak yang baik kepada pelajar untuk mencapai target cemerlang UPSR. SELِِAMAT BERJAYA....

JADUAL PEPERIKSAAN PRA UPSR

Friday, August 7, 2009

Sktt Perlu Bantuan Segera


Tempat letak kereta


Meja hasil gotong royong PIBG


Dinding pembahagi antara kelas




Walaupun uzur tetap menjadi rebutan


Biar patah tapi tetap berjasa


Lantai menunggu mangsa


Kesan tendangan kungfu pelajar tahap satu


Lantai bilik guru

Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari kesulitan yang dihadapi warga Sk Tuarid Taud setiap hari. Walaupun demikian warga Sktt akan terus berusaha berjuang memastikan Sktt terus cemerlang dalam akademik dan kokurikulum .... Sktt Boleh !!!

Lantai Sekolah Sudah Uzur

Beginilah keadaan beberapa lantai di kelas Sk Tuarid Taud. Keadaan sebegini sangat merbahaya kepada murid-murid.


Cikgu Dzul dan Cikgu Severinus membaiki kerosakan


Wednesday, August 5, 2009

Kem Sahsiah Diri & Kecemerlangan UPSR 2009

Seramai 101 orang murid Tahun 6 telah berkampung di SK Tuarid Taud selama 3 hari 2 malam iaitu dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 sempena Program Kem Sahsiah Diri dan Kecemerlangan UPSR 2009.
Program ini merupakan tradisi yang diadakan setiap tahun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia-panitia Teras sebagai satu usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi kecemerlangan UPSR disamping mengembangkan sahsiah diri setiap murid Tahun 6.
Terima kasih kepada semua guru, KTBM, para pelatih dari IPGM Kampus Keningau dan tentunya murid-murid Tahun 6 yang menjayakan dan memberi kerjasama sepanjang program ini berlangsung.

* Video courtesy from Teacher Trainees IPGM Keningau