Saturday, April 24, 2010
Mesyuarat Agung PIBAGU
Hari ini Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBAGU) SKTT mengadakan mesyuarat agung mereka di dewan serbaguna SKTT. Majlis mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh En. Mathius Manang, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Keningau merangkap Ketua Unit Kanan Kajian Kemanusian selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah Keningau.
Friday, April 23, 2010
MTQ Zon Pendalaman
Tahniah kepada Syafie Asri tahun 4 Intelek kerana menjadi Naib Johan tilawah sekolah rendah (lelaki) dalam MTQ Zon Pendalaman yang telah diadakan di Tenom pada 22 April yang lepas. Tahun depan cuba lagi...
Thursday, April 22, 2010
Hari Bumi
Hari ini (22 April 2010), SK Tuarid Taud telah mengadakan Program Hari Bumi Peringkat Sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh En. Asri Ismail, Penolong Kanan Kurikulum SK Tuarid Taud.
Friday, April 16, 2010
Kursus Dalaman ICT Penyediaan BBM Dan Soalan Mudah
Kursus telah disampaikan oleh Guru Cemerlang En. Francis Victor
Tarikh : 10 April 2010
Tempat : Makmal Komputer
Tarikh : 10 April 2010
Tempat : Makmal Komputer
Monday, April 12, 2010
Pembimbing Rakan Sebaya
Program Star Buddies 2010
Program Star Buddies adalah salah satu program kecemerlangan yang sedang dirintis oleh SKTT untuk memastikan SKTT terus cemerlang terutama melibatkan keputusan UPSR. Program yang bermula sejak Mac lalu adalah hasil cetusan idea seorang guru cemerlang iaitu En. Francis. Program ini merupakan adaptasi dari kaedah pembelajaran bimbingan rakan sebaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)