Thursday, February 26, 2009

NAIB JOHAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON BINGKOR

Tahniah kepada pasukan sekolah Sk Tuarid Taud kerana telah mendapat naib johan kejohanan bola sepak zon Bingkor. Pasukan Sk Tuarid Taud tewas kepada pasukan dari Sk Luagan.

Wednesday, February 25, 2009

MTQ ZON BINGKOR



24 Februari, Sk Tuarid Taud telah mengikuti pertandingan Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat Zon Bingkor yang telah diadakan di Sk Jaya Baru. Sk Tuarid Taud telah menjadi Johan bagi acara nasyid dan hafazan kategori lelaki. Manakala kategori tilawah pula menyaksikan Sk Tuarid menjadi Naib johan kedua-dua kategori. Bagi acara bercerita, Sk Tuarid Taud mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki. Tahniah kepada Pemenang berikut

Nasyid - Kumpulan As syifa'
Hafazan lelaki - Soffian Saidin
Tilawah lelaki - Nabil Sauqi Safari
Tilawah perempuan - Nadirah Syazwani Safari
Bercerita lelaki - Sazwan Sofian Sarimin

Saturday, February 21, 2009

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Keningau 2009

Kejohanan Olahraga MSSD Keningau Kali Ke-42 Tahun 2009 telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Keningau pada 17 hingga 20 Februari 2009. Bagi kategori sekolah rendah, Zon Bingkor telah merangkul kejuaraan dengan 5 emas, 7 perak dan 4 gangsa. Syabas dan Tahniah! Kejayaan ini tentunya hasil segala usaha, penat-lelah jurulatih-jurulatih dan atlet-atlet kita. Diharap kejayaan ini berkekalan di tahun-tahun akan datang... Zon Apin-apin pula mendapat tempat ke-2 diikuti dengan Zon Sook di tempat ke-3


Tuesday, February 3, 2009

Hari Kedua Kejohanan Olahraga MSS Zon Bingkor 2009

Pengerusi & Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Zon Bingkor Kali Ke-42 Tahun 2009 bergambar bersama setelah tamatnya kejohanan.

Alhamdulillah, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Zon Bingkor Kali Ke-42 Tahun 2009 telah dilangsungkan dengan jayanya. Hari kedua menunjukkan bermacam-macam ragam... ada yang menangis, marah dan tentunya ada yang gembira. Paling melonjak kegembiraan tentunya Kontinjen dari SK Bunsit di mana mereka berjaya menjadi johan keseluruhan dengan merangkul 10 pingat emas, 5 perak dan 2 gangsa. Ditambah lagi olahragawan dan olahragawatinya juga dari SK Bunsit. SK Luagan pula berjaya menjadi naib juara dengan 3 emas dan 2 gangsa. Pasukan tuan rumah turut berbangga apabila berjaya mendapat tempat ketiga dengan 1 emas, 7 perak dan 6 gangsa serta menjadi juara dalam pertandingan perbarisan.

Tahniah kepada para pemenang, dan yang kurang bernasib baik... jangan putus asa, cuba lagi... Kita jumpa di SK Binaong 2010!



Monday, February 2, 2009

Hari Pertama Kejohanan Olahraga MSS Zon Bingkor

ISNIN, 2 Februari 2009, Hari pertama Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Zon Bingkor Kali Ke-42 telah dilangsungkan di Kompleks Sukan Keningau. Pada tahun ini, SK Tuarid Taud telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah. Antara yang berlaku pada hari ini...