Tuesday, September 29, 2009

EMPAT GURU SKTT MENERIMA APC

Hari ini bertempat di SM Ken Hwa, Keningau, empat guru dari SK Tuarid Taud telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Mereka ialah Pn. Rafidah Abdullah,Pn. Roseni Ditah, Ustazah Sarina Musa dan Pn. Latipah Satangah. TAHNIAH...

Monday, September 28, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
DARI WARGA SK TUARID TAUD

MAAF ZAHIR DAN BATIN


ps: sori lewat buat ucapan sibuk balik kampung bahh..

Majlis Iftor dan Perpisahan Guru Pelatih



15 September, majlis Iftor dan perpisahan guru pelatih telah diadakan di sini. Majlis ini merupakan kemuncak program Ihya' Ramadhan SKTT. Perasmian penutupan program Ihya' Ramadhan SKTT 1430H telah disempurnakan oleh Guru Besar SKTT. Selain itu majlis ini juga diadakan bersama-sama majlis perpisahan guru pelatih dari IPGM kampus Keningau. Seramai 5 orang guru pelatih telah diraikan di dalam majlis ini. Mereka ialah Dayang Noraini , Norazlida, Masnurah, Emmily dan Velloriny.

Majlis Ihya' Ramadhan


Gambar sekitar majlis Ihya' Ramadhan 1430

Selasa, 15 September 2009, Panitia Pendidikan Islam SK Tuarid Taud telah mengadakan majlis Ihya' Ramadhan. Antara acara yang dijalankan pada majlis tersebut adalah pertandingan azan dan takbir. Hadiah telah disampaikan pada penghujung majlis kepada semua pemenang pertandingan termasuklah pemenang pertandingan azan dan hafazan yang telah di adakan sepanjang bulan Ramadhan. Selain itu sumbangan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik juga diadakan. Sumbangan tersebut adalah daripada para guru dan murid-murid. Pelajar yang terpilih juga diberikan sehelai kain pelikat yang telah disumbangkan oleh pihak yang tidak ingin dikenali.

Sunday, September 13, 2009

Ramadhan Hampir Berakhir, UPSR telah berlalu



Hari ini merupakan hari ke-23 Ramadhan, kepada warga SKTT yang beragama Islam teruskan semangat ibadat anda. Kepada pelajar UPSR, jangan malas datang sekolah. Banyak lagi aktiviti selepas UPSR telah dirancang untuk anda. Kepada para guru tahun 6, teruskan program pemulihan murid walaupun telah berlalu UPSR, sayangilah murid kita. Kasihanilah mereka kalau mereka ke sekolah menengah dalam keadaan tidak tahu membaca, menulis dan mengeja. Tingkatkan usaha, kuatkan azam, ikhlaskan hati, insyaAllah mereka akan mengingati jasa yang kita telah curahkan kepada mereka.

Saturday, September 12, 2009

SKTT Juara Pertandingan Nasyid


Sabtu, 11 September, SKTT telah berjaya memenangi pertandingan nasyid sempena program ihya' Ramadhan peringkat Zon Bingkor yang bertempat di SK Jaya Baru. SKTT berjaya mengalahkan pasukan-pasukan nasyid dari sekolah-sekolah lain Zon Bingkor. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh wakil pegawai daerah Keningau, Encik Anis Tahir. Program ihya' Ramadhan Zon Bingkor merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun di dalam bulan Ramadhan. Setiap tahun sekolah-sekolah dalam Zon Bingkor akan bergilir menganjurkan majlis berbuka puasa dan majlis penutupan ihya' Ramadhan. Tahun ini merupakan giliran SK Jaya Baru.

Tuesday, September 8, 2009

HARI INI UPSR




Hari ini merupakan tarikh penting buat pelajar tahun 6 kerana hari ini mereka menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya.... semua warga SKTT mendoakan kamu semua berjaya.... SUCCESS..

Monday, September 7, 2009

AL FATIHAH KEPADA ARWAH NURSYAHYANA


Hari ini SKTT mendapat berita yang menyedihkan. Seorang bekas pelajar SKTT telah kembali ke rahmatullah. Nursyahyana merupakan bekas pelajar SKTT UPSR 2007. Warga SKTT mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Marilah sama-sama kita menyedekahkan AL-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah diampunkan Allah dan dirahmatiNya.
Align Center

Majlis Penyerahan Ilmu kepada Pelajar UPSR




Isnin, bertempat di padang perhimpunan SKTT hari ini, Satu majlis penyerahan ilmu kepada pelajar-pelajar UPSR telah diadakan. Majlis ini merupakan satu tradisi sekolah setiap tahun menjelang peperiksaan UPSR. Dalam majlis ini para guru dengan diwakili oleh guru besar atau penolong kanan akan menyampaikan ucapan seterusnya menghalalkan segala ilmu pelajaran yang telah dicurahkan kepada pelajar. Majlis berakhir dengan murid-murid bersalaman dengan semua guru-guru.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Pemenang Pertandingan Hari Kemerdekaan Anjuran Panitia Matematik







Pemenang-pemenang menerima hadiah dari Guru Besar

Saturday, September 5, 2009

SK Tuarid Taud Diserbu

Hari ini 5 Sept. pada kira-kira jam 11.00 pagi tadi SK Tuarid Taud telah diserbu oleh pasukan pengkaji Geografi Cilik. Mereka merupakan pelajar-pelajar tingkatan 3 dari SM ST FRANCIS XAVIER Keningau yang sedang membuat kajian untuk matapelajaran geografi PMR. Mereka telah berjaya mendapatkan maklumat yang dikehendaki setelah ditunjukkan kepada mereka blog Sktt. Mereka ialah, Nor Aini, Nur Izzati, Chrisshilla, James, Bede, Chris dan Andy. Terima kasih kerana sudi membuat kajian di Sktt. SEMOGA BERJAYA DALAM KAJIAN KALIAN...


Sebahagian pelajar mendapatkan maklumat dari blog sekolah

Thursday, September 3, 2009

Taklimat KOKUM

Bertempat di bilik guru SKTT, hari ini satu taklimat berkenaan KOKUM telah diadakan. Taklimat yang bermula jam 11.50 itu dipengerusikan oleh Pn. Theresa Dahong.

Wednesday, September 2, 2009

Pelatih KPLI LPBS

Selasa, SKTT hari ini menerima kehadiran pelatih-pelatih KPLI yang sedang mengikuti program Latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Kehadiran pelatih-pelatih seramai 7 orang pada mulanya mengejutkan pihak sekolah kerana menyangka ada pelawat yang datang melawat sekolah. Selepas dimaklumkan tujuan kehadiran mereka barulah diketahui bahawa mereka sebenarnya dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau. Diharapkan mereka dapat sebanyak mungkin pengalaman dari sekolah.


1) Mohd. Syukri. M, 2) Donald Bangkong, 3) Richard Tawith,
4) Alfred Alex Jimmy,
5) Muhamad Zulisham Ramli,
6) Mohd Alsah Rizan. M, 7) Ferdenand. T. Thomas