Sunday, August 28, 2011

1 BLOK BANGUNAN SK TUARID TAUD RENTUNG DALAM KEBAKARAN



gambar ihsan : http://sktuaridtaud.forumotion.com



Sabtu, 27 Ogos 2011, 1 blok bangunan Sktt telah hangus terbakar. Blok yang menempatkan 2 bilik darjah tahun 4 bagi sesi pagi dan tahun 3 bagi sesi petang selain digunakan sebagai dewan serba guna tidak berjaya diselamatkan dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi. Semua peralatan di dalam blok terbabit musnah sama sekali. Akibat kebakaran ini pihak sekolah akan menghadapi masalah yang besar untuk menempatkan pelajar-pelajar tahun 4 dan tahun 3 sesi pagi dan petang memandangkan sebelum ini bangunan sekolah tidak mencukupi. Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan turum padang untuk meninjau permasalahan ini seterusnya menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera yang mungkin. Selain bangunan tersebut, bangunan sebelah yang menempatkan bilik guru dan pejabat turut mengalami kerosakan.