Monday, October 26, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun 2009




Hari ini seluruh pelajar Sk Tuarid Taud akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Peperiksaan yang dianggap antara yang terpenting buat diri mereka ini bakal menyaksikan kemampuan mereka diuji dalam bentuk bertulis. Semoga mereka semua berjaya. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP 2

ISNIN : bm 1 | bm 2 |R| ps
SELASA : bi 1 | bi 2 |R|mz
RABU : m3 2 | m3 1 |R|pjk
KHAMIS : sn | svk |R| kh
JUMAAT : pi pm | kt |R| b.a

Thursday, October 22, 2009

Pertandingan Kawad Kaki SK Tuarid Taud

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SK Tuarid Taud telah diadakan dengan jayanya pada hari ini ~ 22 Oktober 2009 bertempat di Padang SKTT. Sebanyak 5 buah pasukan unit beruniform telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada Tunas Puteri (Ketua Platun:Adik Maychela), Puteri Islam (Ketua Platun:Adik Nur Azila), PBSM (Ketua Platun:Adik Esther), TKRS (Ketua Platun:Adik Azree) dan Pengakap (Ketua Platun:Adik Abid).
Kemenangan besar kepada pasukan PBSM kerana merangkul kejuaraan pertandingan kawad pada kali ini ditambah lagi Adik Esther berjaya mendapat gelaran Ketua Platun Terbaik. Pasukan Pengakap pula mendapat tempat kedua dan TKRS mendapat tempat ketiga.
Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SK Tuarid Taud pada tahun ini dan tahniah kepada semua pemenang. Pasukan yang kurang berjaya, cuba lagi tahun hadapan...

Juara Pertandingan Kawad Kaki Tahun 2009 ~ PBSM

Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Pelajar Terima Sijil Penyertaan Kem Serumpun


Hari Pertandingan Kawad Semakin Hampir

Nampaknya hari ini kehangatan pertandingan kawad semakin dirasai. Hari ini para peserta mengambil sedikit masa untuk berlatih bagi persiapan terakhir pertandingan yang akan diadakan pada hari khamis nanti... Apa pun teruskan usaha anda semua...

Friday, October 16, 2009

SESI FOTOGRAFI KOKUM 2009

Rabu, 14 Oktober 2009, Pihak KOKUM telah mengadakan sesi fotografi untuk Unit Beruniform, Persatuan / Kelab Akademik , dan Kelab Sukan. Sesi tersebut telah dijayakan oleh Cikgu Yusniati selaku penyelaras dan jurugambar.


Tuesday, October 13, 2009

Majlis Hari Raya 1 Malaysia

Jumaat 9 Oktober, SKTT telah berjaya menganjurkan majlis Hari Raya 1 Malaysia.

Majlis tersebut telah disertai oleh semua murid tidak kira agama dan bangsa.


Thursday, October 8, 2009

ALL BLACK



Kebetulan atau berpakat 4 orang guru SKTT berpakaian hitam

Wednesday, October 7, 2009

Kem Serumpun 2009




















Kem Serumpun Peringkat Daerah Keningau telah diadakan pada 3 hingga 6 Oktober 2009 bertempat di Kompleks Sukan Keningau. Sebanyak 31 buah sekolah dengan 295 orang murid telah menyertai kem tersebut. SK Tuarid Taud telah menghantar 9 orang murid dari tahun 4 dan 5 untuk mengikuti perkhemahan ini iaitu Adik Ranizal (4B), Adik Vincentsius (4I), Adik Haziq (4I), Adik Hilary (5H), Adik Norliza (4B), Adik Siti Nurhanifah (4I), Adik Anna (4B), Adik Dana (5I) dan Adik Siti Amilah (5B).

Antara aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah Kem Kraf dan Pecah Bandungan. Hari kedua; Lawatan ke Muzium Warisan Keningau, Permainan Koperatif, Permainan Rakyat dan Tarian Rakyat. Hari ketiga; Kerubung Terbang, Nyanyian Lagu Rakyat, Sukan Rakyat dan Malam Kebudayaan. Hari keempat; Majlis Penutupan oleh PPD Keningau, En. Raisin bin Saidin.








Thursday, October 1, 2009

SKTT DAPAT MEJA BARU







Alhamdulillah syukur... selepas baru-baru ini SKTT menerima kerusi murid yang baru berjumlah 100 buah, kelmarin SKTT telah mendapat lagi bantuan 10 buah meja guru dan 100 buah meja murid. Diharapkan bantuan dari kementerian ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan meja dan kerusi murid. Diharapkan juga warga SKTT terutama murid menghargai pemberian ini dan menjaganya dengan baik.