Thursday, October 22, 2009

Pertandingan Kawad Kaki SK Tuarid Taud

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SK Tuarid Taud telah diadakan dengan jayanya pada hari ini ~ 22 Oktober 2009 bertempat di Padang SKTT. Sebanyak 5 buah pasukan unit beruniform telah menyertai pertandingan ini yang terdiri daripada Tunas Puteri (Ketua Platun:Adik Maychela), Puteri Islam (Ketua Platun:Adik Nur Azila), PBSM (Ketua Platun:Adik Esther), TKRS (Ketua Platun:Adik Azree) dan Pengakap (Ketua Platun:Adik Abid).
Kemenangan besar kepada pasukan PBSM kerana merangkul kejuaraan pertandingan kawad pada kali ini ditambah lagi Adik Esther berjaya mendapat gelaran Ketua Platun Terbaik. Pasukan Pengakap pula mendapat tempat kedua dan TKRS mendapat tempat ketiga.
Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SK Tuarid Taud pada tahun ini dan tahniah kepada semua pemenang. Pasukan yang kurang berjaya, cuba lagi tahun hadapan...

Juara Pertandingan Kawad Kaki Tahun 2009 ~ PBSM

No comments: