Thursday, July 30, 2009

E-LEARNING



Hari ini Guru ICT telah menghadiri satu taklimat yang sangat menarik untuk pelajar. Taklimat E-Learning. Sebenarnya ia adalah satu program di bawah ADUN Liawan. Menariknya program ini memberi peluang pelajar belajar sendiri dan menjawab soalan yang disediakan seterusnya markah ujian yang dibuat akan dihantar melalui e-mail kepada guru dan ibubapa mereka. Untuk guru pula telah disediakan E-Bank yang mengandungi bank soalan BM dan BI yang banyak. Ini memudahkan guru-guru menyediakan soalan. Apa pun sedihnya hanya soalan BM dan BI jer yang diberikan secara percuma. Soalan subjek lain kena beli. Walaupun begitu TERIMA KASIH DATUK SAIRIN ADUN LIAWAN di atas keprihatinan Datuk terhadap sekolah-sekolah.

Monday, July 13, 2009

Hari Pertama Minggu Matematik dan Sains

Nampaknya hari pertama minggu matematik dan sains berjalan dengan lancar. Hari ini dimulakan dengan aktiviti teka bilangan bintang dan menjawab soalan terkumpul.

Peperiksaan Excel 2



Hari ini merupakan hari yang penting buat pelajar tahun 6 Sktt kerana mereka akan menguji tahap persediaan mereka menempuh UPSR melalui Peperiksaan Excel 2. Peperiksaan Excel 2 adalah penanda aras untuk mereka melihat sejauh mana kemampuan mereka setakat ini. Diharapkan mereka akan lulus cemerlang... Success...

Tuesday, July 7, 2009

Guru Pelatih Baru



Isnin, Sktt telah menerima 2 lagi guru pelatih dari Institut Perguruan Keningau Sabah. Mereka ialah Santi Pani dan Masferanah. Welcome.... Selamat Datang ke Sktt....

Saturday, July 4, 2009

Gambar Pek Bercuti hari ke-2

Hari ke-2 Pek Bercuti





Aktiviti hari ke-2 dimulakan dengan senaman pagi diikuti asas mempertahankan diri, ujian kemahiran ikatan dan simpulan, ujian nyanyian dan ujian yells. Pada sebelah petang pula aktiviti kemahiran asas kawad kaki dan mencari harta karun. Pada sebelah malam diadakan malam kebudayaan.

Majlis Perasmian Seminar Keibubapaan

Seminar Keibubapaan Sk Tuarid Taud





Sktt hari ini menganjurkan program Seminar Keibubapaan. Program ini dirasmikan oleh En. Matius Manang, ketua unit kemanusiaan dan kemasyarakatan PPD Keningau. Beliau mewakili pegawai pelajaran PPD Keningau. Dalam ucapan perasmiannya En. Matius menekankan betapa pentingnya program seumpama ini diadakan.

Aktiviti Senaman Pagi





Badan sihat otak cerdas. Senaman pagi merupakan aktiviti yang dilakukan peserta pagi ini. Aktiviti ini bagaikan suatu yang wajib setiap kali ada program sebegini. Di samping melatih murid bersenam, aktiviti ini juga dapat melatih murid mempelbagaikan cara bersenam supaya lebih menarik dan seronok.

Aktiviti Sayang Si buta


Aktiviti sayang sibuta ini telah diadakan pada malam semalam. Walaupun keadaan sedikit hujan renyai-renyai namun aktiviti yang menarik ini tetap diteruskan. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk peserta merasai sendiri kepahitan hidup dalam kegelapan iaitu kehidupan seorang yang matanya buta.

Friday, July 3, 2009

Seorang Peserta Tewas Terkena Hujan

Seorang peserta dari Sktt terpaksa dihantar pulang selepas mengadu sakit kepala terkena hujan. Dia telah dijemput oleh bapanya kira-kira jam 9.00 malam tadi. Alahai ruginya...

Pek Bercuti Berkhemah Dalam Hujan




Pasukan Sktt terpaksa tidur dalam hujan malam ni.

Pek Bercuti Pengakap






Hari ini pasukan pengakap kanak-kanak kumpulan 08 daerah Keningau dari Sktt mengikuti perkhemahan pek bercuti di Sjk (c) Yuk Yin. Seramai 38 peserta mengikuti perkhemahan ini.