Saturday, October 18, 2008

SEJARAH SEK. KEB. TUARID TAUD

Sebelum Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud dibina dan dibuka untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran anak-anak penduduk Kampung Tuarid Taud, Kampung Kota Ayangan dan Kampung Toboh Laut bersekolah dibeberapa sekolah rendah yang sedia ada seperti SK. Pekan Keningau, SK. Luagan dan SRK. St. Francis Xavier Keningau. Pada masa itu murid sekolah yang datang dari kampung ini pergi ke sekolah dengan berjalan kaki dan berbasikal sahaja.

Keadaan ini mendapat perhatian dan simpati daripada mantan alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh. Beliau menghubungi ketua kampung-ketua kampung dari ketiga-tiga buah kampung ini supaya memohon sebuah sekolah bagi kemudahan anak-anak mereka belajar. Setelah permuafakatan diantara ketua-ketua ini diperolehi, alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh berusaha sehingga permohonan tersebut mendapat kelulusan.

Bangunan asal sekolah yang dibina di atas tanah kerajaan pada tahun 1965 telah mula digunakan pada tahun 1966. Lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan ketiga-tiga buah kampung yang disebutkan tadi. Oleh kerana Kampung Tuarid Taud merupakan kampung yang paling lama wujud diantara ketiga-tiga buah kampung tersebut, maka ketiga-tiga ketua kampung iaitu ;
Ketua Kampung Tuarid Taud - KK. Oripon Takasan
Ketua Kampung Toboh Laut - KK. Kipau
Kampung Kota Ayangan - KK. Asum B Bukil
telah bersetuju menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud Keningau.

Semasa sekolah ini mula dibuka sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan sekolah yang berlantaikan simen atas tanah (ground floor) iaitu satu kelas dan satu bilik pejabat yang berukuran 6” x 10”. Apabila sahaja sekolah ini dibuka ramai daripada murid yang bersekolah di SK. Pekan, SK. Luagan dan SRK. ST. Francis Xavier Keningau telah berpindah ke sekolah ini. Jumlah murid yang telah mendaftar semasa sekolah ini mula dibuka ialah 90 orang. Oleh kerana satu bilik darjah tidak boleh menampung bilangan murid seramai 90 orang , maka satu bilik darjah sementara telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung. Bangunan ini dibuat berlantaikan tanah dan dinding separuh bambu.

Suasana belajar pada masa itu, sungguh tidak selesa tetapi murid dari sekitar sekolah ini tidak mempunyai pilihan sehinggalah pada tahun 1976 apabila bangunan baru Blok I yang dibiayai oleh Bank Dunia siap dibina.

Pelan Sekolah



Bangunan Blok Sekolah Terkini


Padang


Kantin


Makmal Komputer


Bangunan kelas


Bangunan kelas


Bangunan pejabat

PROFAIL SEK. KEB. TUARID TAUD

NAMA PREMIS

: SEKOLAH KEBANGSAAN TUARID TAUD

PPD

: KENINGAU

ZON

: ZON 10

SESI PERSEKOLAHAN

: 2 SIDANG

TAHUN BINA

: 1966

BANDAR RUJUKAN UTAMA

: KENINGAU

EKML

: P

BANDAR KECIL TERHAMPIR

: KENINGAU

PERSEKITARAN FIZIKAL

: LUAR BANDAR

A. PERHUBUNGAN & PENGANGKUTAN

1

NAMA GURU BESAR

: FRED VINCENT MARUKAU

2

NO. TELEFON GURU BESAR

: 019-5817326

3

NO. TELEFON SEKOLAH

: 087-331623

4.

NO. FAKSIMILI

: 087-331623

5

KAEDAH PENGANGKUTAN (dari bandar rujukan utama) :


Jenis Pengangkutan

Jarak (km)


DARAT

(KERETA, BAS dsbg.)

4

B. SAIZ

Jenis Kawasan

Keluasan (Ekar)

HUTAN (BELUM DIBUKA)

-

BERUMPUT

3

BERAIR

-

BERTURAP/ADA BINAAN

1.6

KESELURUHAN

4.6

C . SUMBER MANUSIA

Kategori

Kuantiti (orang)

KT Mengajar

44

KT Bukan Mengajar

3

Murid

525

D. BEKALAN API & AIR

Bekalan

Tempoh Bekalan Sehari (Jam)

Sumber

Elektrik

24

SESB

Air

24

JABATAN AIR

E. STRUKTUR FIZIKAL :

1

PAGAR

: ADA

2

JENIS BINAAN BANGUNAN

: PAPAN

3

BLOK BANGUNAN :


Bangunan

Bilangan Blok


SATU TINGKAT

7

JUMLAH BLOK BANGUNAN

7

4

RUANG / BINAAN KHUSUS /ASET :


Jenis Ruang/Binaan/Aset

Kuantiti


PEJABAT AM

1


BILIK GURU

1


BILIK DARJAH

9


BILIK KHAS

-


BILIK MESYUARAT

-


TANDAS (PINTU)

10


BILIK MANDI / PERSALINAN

-


SETOR

1


PONDOK JAGA

1


SURAU

1 (PIBG)


DEWAN

-


MAKMAL KOMPUTER

1


KELAS PRA-SEKOLAH

-


PINTU PAGAR BERFUNGSI

1


KANTIN

1


RUMAH GURU

5


JANAKUASA SOLAR HIBRID

-


KENDERAAN KERAJAAN

-


POKOK HIASAN (ATAS TANAH)

150


POKOK HIASAN (DALAM PASU)

100


POKOK BUAH

8


Guru-Guru Besar SKTT 1966 - Sekarang


No comments: