Saturday, June 27, 2009

Sepanjang Hari Bertemu Pelanggan

Hari Bertemu Pelanggan

Hari ini Sktt mengadakan Hari Bertemu Pelanggan. Para ibu bapa datang bersama dengan anak masing-masing untuk menandatangani buku rekod kemajuan murid. Selain menandatangani buku rekod, para ibu bapa dapat mendengar sendiri komen guru kelas mengenai anak mereka. Para guru juga diharapkan dapat memahami masalah-masalah murid melalui ibu bapa mereka.

Tuesday, June 23, 2009

Guru Pelatih

Isnin 22 Jun, Sktt bertuah untuk menerima guru pelatih dari Institut Perguruan Keningau Sabah. Mereka ialah Dayang Noraini Abidin, Norazlida M. Zainun, Velloriny Nais, Emmily Rosalin dan Masnurah Ismail.
SELAMAT MENJADI WARGA SK TUARID TAUD...

dari kiri Norazlida, Dayang, Emmily, Masnurah dan Velloriny

Monday, June 22, 2009

Klinik UPSR




Hari ini Sktt mengadakan klinik UPSR untuk pelajar-pelajarnya. Program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang strategi menghadapi peperiksaan. Program ini akan berlangsung selama 1 minggu bermula hari ini. Hari ini sesi klinik dimulakan dengan ceramah motivasi. Ceramah tersebut disampaikan oleh Pn. Ruzaina Abdul Razak dari SM Teknik.

Saturday, June 20, 2009

Kenangan Perkhemahan

Perkhemahan Unit Beruniform

19-20 Jun Sk Tuarid Taud telah menghantar pelajar-pelajarnya ke Perkhemahan Unit Beruniform peringkat Zon Bingkor. Seramai 15 orang murid terpilih mengikuti perkhemahan tersebut. Perkhemahan kali ini telah diadakan di padang Sk Bingkor. Penganjur perkhemahan tahun ini adalah Sk Binaong. Dalam perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan, antaranya malam kebudayaan, sukaneka, dan sayang si buta. Ketua kumpulan Sk Tuarid Taud, Azree telah dinobatkan sebagai ketua terbaik kumpulan perkhemahan.

Monday, June 15, 2009

Selamat kembali ke sekolah

Masa begitu pantas berlalu. Tanpa disedari cuti penggal pertengahan tahun dah pun berakhir. Hari ini warga Sktt mula kembali ke sekolah. Kepada para pelajar teruskan usaha gigih belajar terutama kepada pelajar tahun 6. Jangan lupa tarikh UPSR adalah 8.9.2009. Ada berapa hari sahaja tu?. Kepada warga pendidik Sktt kuatkan usaha mendidik. Kasihanilah pelajar-pelajar yang masih belum mampu membaca dan mengira. -myqiq-