Saturday, June 20, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform

19-20 Jun Sk Tuarid Taud telah menghantar pelajar-pelajarnya ke Perkhemahan Unit Beruniform peringkat Zon Bingkor. Seramai 15 orang murid terpilih mengikuti perkhemahan tersebut. Perkhemahan kali ini telah diadakan di padang Sk Bingkor. Penganjur perkhemahan tahun ini adalah Sk Binaong. Dalam perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan, antaranya malam kebudayaan, sukaneka, dan sayang si buta. Ketua kumpulan Sk Tuarid Taud, Azree telah dinobatkan sebagai ketua terbaik kumpulan perkhemahan.

No comments: