Friday, November 20, 2009

Parti Tahun 6

Hari ini pelajar-pelajar tahun 6 SKTT telah meraikan para guru sempena hari terakhir mereka di SKTT.

Keputusan 5A UPSR merosot di Sabah

KOTA KINABALU 19 Nov. - Bilangan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah yang memperoleh keputusan cemerlang 5A merosot tahun ini iaitu 911 orang berbeza dengan 995 orang tahun sebelumnya.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Sabah, Md. Nor Md. Sharif berkata, selain keputusan 5A, kemerosotan tersebut turut melibatkan pencapaian untuk keputusan C.

"Keseluruhan calon yang mencatat pencapaian C dalam semua mata pelajaran ialah seramai 19,422 orang atau 42.76 peratus.

Baca lagi >>

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH


SKTT Mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muhammad Nabil Syauqi Safari kerana menjadi calon tunggal SKTT yang mendapat 5A dalam UPSR... TAHNIAHHHHH

UPSR, SKTT MASIH BERTENAGA

Hari ini merupakan hari yang paling penting untuk warga SKTT kerana hari ini keputusan UPSR diumumkan. Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran terutama dalam kemudahan infrastruktur sekolah seperti hanya mempunyai 9 kelas bilik darjah sahaja sedangkan sesi pembelajaran 2 sesi pembelajaran dengan jumlah murid melebihi 500 orang dan 103 calon UPSR tetapi SKTT masih mampu tersenyum dengan keputusan UPSR hari ini. Sebelum ini ramai guru tahun 6 mengeluh kerana tidak mempunyai tempat untuk mengadakan kelas tambahan untuk murid mereka. Alhamdulillah keputusan hari ini melegakan mereka. Syukurrr

Jumlah Calon UPSR 104 orang

Keputusan UPSR 2009 SKTT


1. BM (Pemahaman) - 75%
2. BM (Penulisan) - 63.5%
3. BI - 69.2%
4. Mate - 69.2 %
5. Sains - 71.2%

Peratus lulus keseluruhan 54.08%

Hari Ucapan dan Anugerah 2009

Rabu, 18 November 2009, SK Tuarid Taud telah mengadakan Hari Ucapan dan Anugerah kepada para pelajar. Pada hari ini para pelajar telah diberikan penghargaan atas kejayaan mereka dalam akademik dan ko-kurikulum.

Wednesday, November 18, 2009

Jamuan Akhir Tahun SKTT 2009

Bertempat di Hotel Perkasa, Keningau, SKTT telah mengadakan jamuan akhir tahun malam semalam. Aktiviti ini merupakan acara tahunan yang diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara para guru.

Hari Bertemu Pelanggan dan Menandatangani Buku Rekod

Isnin 17 November, Sk Tuarid Taud telah mengadakan hari bertemu pelanggan dan menandatangani buku rekod. Pada hari ini ibu bapa berpeluang untuk berbincang dengan para guru tentang anak-anak masing-masing.

Tuesday, November 10, 2009

Sesi Fotografi


Hari ini SK Tuarid Taud mengadakan sesi fotografi murid mengikut kelas berserta guru mereka bagi sesi persekolahan pagi. Sesi fotografi ini dijayakan oleh Cikgu Yusniati.