Tuesday, October 11, 2011

Gotong Royong Surau

Sabtu, 8 Oktober 2011, Satu gotong royong untuk menceriakan Surau telah diadakan di SKTT. Gotong royong tersebut telah dijayakan oleh beberapa orang guru pendidikan Islam dan Jqaf SKTT dengan dibantu oleh beberapa orang ibu bapa. Walaupun sambutan dari ibu bapa hambar, namun gotong royong tersebut dikira berjaya. Antara kerja-kerja yang berjaya dilakukan ialah seperti mengecat, memasang pancuran dan menukar tingkap nako. Diharapkan pada masa akan datang gotong royong seperti ini akan lebih mendapat sambutan.

Friday, October 7, 2011

Majlis Perpisahan Guru Pelatih

Jumaat, 7 Oktober 2011, SKTT telah mengadakan satu Majlis Perpisahan untuk meraikan 2 guru pelatih yang selesai melalui praktikum mereka hari ini. Guru pelatih tersebut ialah Cecelia dan amirah. Link

Rumah Hijau Juara Sukan Sekolah


Selasa, 4 Oktober 2011, SKTT telah berjaya menganjurkan Sukan Peringkat Sekolah bertempat di Kompleks Sukan Keningau. Dalam acara-acara yang dipertandingkan, Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai johan setelah mendapat 6 pingat emas. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Kuning diikuti Rumah Biru. Rumah Hijau melakar sejarah dengan merangkul piala pusingan yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya.