Tuesday, September 21, 2010

HARI INI UPSR

Hari ini para pelajar tahun 6 SKTT akan menduduki UPSR. Semoga berjaya dalam UPSR. Semoga harapan ibu bapa dan guru tidak dipersiakan...

Wednesday, September 1, 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

Isnin, 30 Ogos, SKTT telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di peringkat sekolah. Acara sambutan dimulakan dengan perhimpunan seterus dikuti dengan perarakan. Selepas ucapan guru besar, semua warga SKTT membuat laungan merdeka dengan diketuai oleh Ustaz Matsah. Majlis diserikan dengan pertandingan sajak , pakaian 1 Malaysia dan kereta berhias. Aiqa Afza Sabaheddin dari tahun 5 Intelek telah muncul sebagai juara dalam pertandingan sajak. Bagi acara pakaian 1 Malaysia pula dimenangi oleh Eva Evellie Quintin dari tahun 5 Bestari bagi kategori tradisional dan Mark Roger dari tahun 2 Intelek bagi kategori patriotik . Manakala acara kereta berhias dimenangi oleh kereta yang dihias oleh guru-guru sidang petang dengan markah tipis mengalahkan kereta yang dihias oleh guru-guru sidang pagi. Majlis sambutan berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang termasuk pemenang pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Ogos. Antaranya ialah pertandingan mewarna, kelas patriotik dan kuiz kemerdekaan....