Wednesday, October 7, 2009

Kem Serumpun 2009




















Kem Serumpun Peringkat Daerah Keningau telah diadakan pada 3 hingga 6 Oktober 2009 bertempat di Kompleks Sukan Keningau. Sebanyak 31 buah sekolah dengan 295 orang murid telah menyertai kem tersebut. SK Tuarid Taud telah menghantar 9 orang murid dari tahun 4 dan 5 untuk mengikuti perkhemahan ini iaitu Adik Ranizal (4B), Adik Vincentsius (4I), Adik Haziq (4I), Adik Hilary (5H), Adik Norliza (4B), Adik Siti Nurhanifah (4I), Adik Anna (4B), Adik Dana (5I) dan Adik Siti Amilah (5B).

Antara aktiviti yang diadakan pada hari pertama ialah Kem Kraf dan Pecah Bandungan. Hari kedua; Lawatan ke Muzium Warisan Keningau, Permainan Koperatif, Permainan Rakyat dan Tarian Rakyat. Hari ketiga; Kerubung Terbang, Nyanyian Lagu Rakyat, Sukan Rakyat dan Malam Kebudayaan. Hari keempat; Majlis Penutupan oleh PPD Keningau, En. Raisin bin Saidin.








No comments: