Thursday, August 20, 2009

Majlis Bacaan Yasin, Solat hajat dan Pelancaran Ihya' Ramadhan

Majlis bacaan Yasin, solat hajat dan pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam Sktt di Masjid GDW Kg. Kota Ayangan malam tadi. Majlis ini diadakan sempena Peperiksaan UPSR dan sambutan Ramadhan. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin. Selepas Solat Isyak berjemaah, majlis diisi dengan ceramah/tazkirah ringkas diambang Ramadhan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ust Hj. Muhd Haziq. Majlis diakhiri dengan ucapan pelancaran Ihya' Ramadhan oleh Ust. Syed Muhd. Zuki. Selepas majlis, para hadirin dijamu dengan sedikit jamuan. Sambutan dari para Ibu bapa terhadap majlis ini sangat baik dan menggalakkan.