Wednesday, August 5, 2009

Kem Sahsiah Diri & Kecemerlangan UPSR 2009

Seramai 101 orang murid Tahun 6 telah berkampung di SK Tuarid Taud selama 3 hari 2 malam iaitu dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 sempena Program Kem Sahsiah Diri dan Kecemerlangan UPSR 2009.
Program ini merupakan tradisi yang diadakan setiap tahun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia-panitia Teras sebagai satu usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi kecemerlangan UPSR disamping mengembangkan sahsiah diri setiap murid Tahun 6.
Terima kasih kepada semua guru, KTBM, para pelatih dari IPGM Kampus Keningau dan tentunya murid-murid Tahun 6 yang menjayakan dan memberi kerjasama sepanjang program ini berlangsung.

* Video courtesy from Teacher Trainees IPGM Keningau

No comments: