Sunday, October 26, 2008

Gotong Royong Perdana












Sabtu, 25 Oktober : Sk Tuarid Taud telah mengadakan Gotong Royong Perdana. Seramai kira-kira 100 orang telah hadir untuk menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dari semak samun seterusnya menceriakan kawasan sekolah menjelang sukan sekolah yang akan diadakan pada 29-30 Oktober depan. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta kemudiannya diberi taklimat dan pengagihan kawasan kerja oleh penyelaras program ini iaitu En. Severinus. Gotong-royong selesai pada kira-kira jam 11.30 pagi dan peserta-peserta telah disediakan sedikit jamuan ringan.



No comments: