Monday, November 19, 2012

2 Orang Murid Sk Tuarid Taud Mendapat 5A

Isnin, 19 November 2012, Murid-murid Sk Tuarid Taud Keningau, Sabah membuktikan bahawa kekurangan infrastruktur sekolah tidak menghalang mereka cemerlang dalam UPSR. Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini menyaksikan seramai 2 orang calon telah berjaya mendapat 5 A iaitu Darren dan Erna, 6 Orang mendapat 4 A dan 6 orang mendapat 3A. Peratus kelulusan juga telah meningkat kepada 58 peratus iaitu seramai 47 orang daripada 81 orang calon. Bahasa Malaysia Kefahaman mencatatkan keputusan tertinggi iaitu 82.7% diikuti Sains 79%, Bahasa Inggeris 77.8%, Matematik 72.8% dan Bahasa Malaysia Penulisan 64.2%. Sk Tuarid Taud memperolehi GPS 2.68. Tahniah kepada semua yang telah berjaya.

No comments: