Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan Sk Tuarid Taud 2013

Rabu, 2 januari 2013, Sk Tuarid Taud seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia telah berjaya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar bermula hari yang pertama persekolahan. Walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi bilik darjah yang belum sepenuhnya disiapkan selepas menjalani pembaikan bermula November 2012 yang lepas, namun murid-murid dan para guru begitu bersemangat di dalam melaksanakan sesi pembelajaran. Masalah kekurangan meja juga amat ketara tetapi ia berjaya diatasi apabila semua meja lama telah digunakan semula. Semoga tahun 2013 membawa tuah buat Sk Tuarid Taud terutama dalam peningkatan prestasi UPSR.

No comments: