Monday, March 28, 2011
Lawatan Petrosains Streetsmart-Lesson For Life ke SKTT
Rabu, 23 Mac 2011, SKTT bertuah kerana menerima lawatan dari Petrosains Streetsmart-Lesson For Life. Seramai 80 orang pelajar dari tahun 4,5,6 Intelek telah terpilih untuk mengikuti aktiviti pada hari tersebut yang dijalankan bermula dari jam 10 pagi. Peserta-peserta yang berjaya dalam aktiviti tersebut menerima hadiah dari pihak pelawat. Tahniah !. dan Terima Kasih.
Seminar Ibu bapa
Sabtu, 26 Mac 2011, SKTT berjaya menganjurkan Seminar Ibu Bapa 2011. Sasaran program ini ialah kepada para ibu bapa murid-murid tahun 6. Seramai 65 orang ibu bapa telah berjaya mendaftarkan diri untuk mengikuti program ini. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh En. Raisin Saidin, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Selepas perasmian, program telah diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Guru Cemerlang En. Francis Victor. Selepas sesi ceramah, para ibu bapa telah diajak untuk berbengkel membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan sekolah seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka mengikut kumpulan masing-masing.
Tuesday, March 22, 2011
Surau PIBG

Surau sementara sedang dibina oleh PIBG kerana keadaan mendesak.
HARI PERTAMA
Memandangkan keperluan yang mendesak dengan kekurangan ruang untuk belajar bagi pelajar-pelajar Islam SKTT menyebabkan Komuniti Muslim dalam PIBG SKTT mengambil inisiatif segera untuk menangani masalah ini. Diharapkan dengan pembinaan segera ini dapat mengatasi masalah sementara menunggu Surau kekal yang dalam permohonan di peringkat Kementerian.
Sumbangan dari semua pihak adalah amat dialu-alukan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTT Ust. Syed Mohd Zuki.

HARI KE-3 25Mac 2011

HARI KE-6 28Mac 2011
Monday, March 21, 2011
Kami Kembali
Berita baik kepada semua peminat dan pelayar blog SKTT, oleh kerana internet sekolah telah berfungsi semula dengan baik selepas tamat tempoh kontrak dengan School Net pada awal tahun ini maka sukacita dimaklumkan Blog SKTT akan diaktifkan semula.
Friday, November 12, 2010
SK Tuarid Taud Terus Gemilang
Khamis, 11 November, Hari ini SKTT sekali lagi mencatatkan peristiwa yang manis apabila 4 orang daripada 78 orang calon UPSR berjaya merangkul 5A. Mereka ialah Joshua Ethan, Ryan, Nurul Yatisah dan Sufian Saidin. Manakala pelajar yang mendapat 4A 1B ialah Christah, Jihan Balqis, Jovinia dan Zunaidi Patrick. Pelajar yang mendapat 3A 2B ialah Nurazirah, Shazwan, Yusnitah dan Khairah Atikah.
Seramai 43 orang calon iaitu 55.1 % telah lulus semua subjek. Subjek BM Pemahaman mencatatkan keputusan paling tinggi lulus iaitu 73 orang bersamaan 94.8 %, diikuti dengan Matematik iaitu 63 orang bersamaan 80.8 %, diikuti Sains seramai 60 orang bersamaan 76.9%, diikuti BM Penulisan iaitu 59 orang bersamaan 76.6% dan subjek BI 45 orang bersamaan 57.7%.
dari kanan Jihan Balqis, Christah, Jovinia dan Zunaidi
Tuesday, October 19, 2010
Gotong Royong Menanam Pokok dan Membina Dinding
Sabtu, 16 Oktober 2010, SKTT menyahut seruan Program Penanaman 1 Juta Pokok dengan mengadakan gotong royong menanam pelbagai jenis pokok. Para guru yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan diwajibkan menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok. Pelbagai jenis pokok telah berjaya ditanam para hari tersebut. Antaranya pokok kayu manis, kelapa pandan, pokok buah-buahan dan pokok pelindung. Di samping gotong royong penanaman pokok, para ibubapa juga tidak terlepas untuk membantu SKTT memasang dinding double walling di kelas 4 Intelek yang berada di dewan serbaguna SKTT.
Wednesday, October 6, 2010
PERKHEMAHAN PEK BERCUTI PENGAKAP
Sepanjang perkhemahan ini banyak ujian dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh para peserta diantaranya ialah keadaan hujan yang lebat pada malam pertama menyebabkan ramai peserta terpaksa tidur di dalam dewan kerana khemah-khemah mereka dimasuki hujan.
Perkhemahan yang bertujuan untuk mencungkil kreativiti dan memupuk semangat patriotisme ini berakhir dengan upacara perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keningau En. Parigu Tingadon.
Subscribe to:
Posts (Atom)










