Wednesday, October 6, 2010

PERKHEMAHAN PEK BERCUTI PENGAKAP



Jumaat, 1 Okt. 2010, Pasukan pengakap SKTT telah berjaya menghantar seramai 25 ahlinya untuk mengikuti Perkhemahan Pek Bercuti Pengakap Daerah Keningau kali ke-16. Perkhemahan yang dianjurkan oleh Pengakap Daerah Keningau kali ini berlangsung selama 3 hari bertempat di Sk Kg. Keningau. Seramai lebih 200 orang peserta daripada Sekolah-sekolah rendah sekitar Keningau turut serta dalam perkhemahan tersebut. Pelbagai aktiviti telah disusun dan dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung, antaranya pertandingan sukaneka, pertandingan baju robot, pertandingan menghias diri menggunakan tali rafia, membina mini gajet dan juga aktiviti mengembara.

Sepanjang perkhemahan ini banyak ujian dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh para peserta diantaranya ialah keadaan hujan yang lebat pada malam pertama menyebabkan ramai peserta terpaksa tidur di dalam dewan kerana khemah-khemah mereka dimasuki hujan.

Perkhemahan yang bertujuan untuk mencungkil kreativiti dan memupuk semangat patriotisme ini berakhir dengan upacara perasmian penutupan yang disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keningau En. Parigu Tingadon.


No comments: