Monday, May 25, 2009

SUMBANGAN ZAKAT DARI BANK RAKYAT

Sk Tuarid Taud cukup bertuah kerana terpilih untuk menerima bantuan zakat dari Bank Rakyat. Sumbangan wang zakat sebanyak RM 5000 telah disampaikan oleh En. Hermansah wakil Bank Rakyat Cawangan Keningau kepada pihak sekolah dalam perhimpunan mingguan hari ini. Wang zakat tersebut adalah sebahagian dari zakat perniagaan Bank Kerjasama Rakyat bagi tahun 2008. Wang itu kelak akan digunakan untuk mengubah suai Surau Sekolah dan Panitia Pendidikan Islam.
*Jazakallah, Terima kasih Bank Rakyat.
"Terima kasih daun keladi, lain kali bagi la lagi"

No comments: