Thursday, October 30, 2008
Acara Belapan
Acara 200 m terbuka yang telah dikuasai oleh peserta rumah Biru.
Acara 200 M yang telah dikuasai oleh peserta rumah Biru.
Tuesday, October 28, 2008
Jamuan Aidilfitri
Sunday, October 26, 2008
Gotong Royong Perdana
Sabtu, 25 Oktober : Sk Tuarid Taud telah mengadakan Gotong Royong Perdana. Seramai kira-kira 100 orang telah hadir untuk menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan sekolah dari semak samun seterusnya menceriakan kawasan sekolah menjelang sukan sekolah yang akan diadakan pada 29-30 Oktober depan. Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta kemudiannya diberi taklimat dan pengagihan kawasan kerja oleh penyelaras program ini iaitu En. Severinus. Gotong-royong selesai pada kira-kira jam 11.30 pagi dan peserta-peserta telah disediakan sedikit jamuan ringan.
Thursday, October 23, 2008
Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Gabungan Keningau 2008
Tuesday, October 21, 2008
Peperiksaan Akhir Tahun 2008
Monday, October 20, 2008
National Space Challenge
Tahniah kepada 2 pelajar Sk Tuarid Taud, Joshua Junigo dan Khairah Atiqah Kasiman dari 4 Intelek kerana terpilih mengikuti pertandingan National Space Challenge. Pertandingan tersebut akan diadakan di Planetarium Negara 20-25 Oktober. Good luck... oh ya mereka akan di iringi oleh seorang guru yang sporting Cik Yusniati Yusof... jaga pelajar itu baik-baik ya cikgu...
Sunday, October 19, 2008
Peperiksaan Akhir Tahun 2008
Saturday, October 18, 2008
SEJARAH SEK. KEB. TUARID TAUD
Keadaan ini mendapat perhatian dan simpati daripada mantan alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh. Beliau menghubungi ketua kampung-ketua kampung dari ketiga-tiga buah kampung ini supaya memohon sebuah sekolah bagi kemudahan anak-anak mereka belajar. Setelah permuafakatan diantara ketua-ketua ini diperolehi, alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh berusaha sehingga permohonan tersebut mendapat kelulusan.
Bangunan asal sekolah yang dibina di atas tanah kerajaan pada tahun 1965 telah mula digunakan pada tahun 1966. Lokasi sekolah ini terletak berhampiran dengan ketiga-tiga buah kampung yang disebutkan tadi. Oleh kerana Kampung Tuarid Taud merupakan kampung yang paling lama wujud diantara ketiga-tiga buah kampung tersebut, maka ketiga-tiga ketua kampung iaitu ;
Ketua Kampung Tuarid Taud - KK. Oripon Takasan
Ketua Kampung Toboh Laut - KK. Kipau
Kampung Kota Ayangan - KK. Asum B Bukil
telah bersetuju menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud Keningau.
Semasa sekolah ini mula dibuka sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan sekolah yang berlantaikan simen atas tanah (ground floor) iaitu satu kelas dan satu bilik pejabat yang berukuran 6” x 10”. Apabila sahaja sekolah ini dibuka ramai daripada murid yang bersekolah di SK. Pekan, SK. Luagan dan SRK. ST. Francis Xavier Keningau telah berpindah ke sekolah ini. Jumlah murid yang telah mendaftar semasa sekolah ini mula dibuka ialah 90 orang. Oleh kerana satu bilik darjah tidak boleh menampung bilangan murid seramai 90 orang , maka satu bilik darjah sementara telah dibina secara bergotong-royong oleh penduduk ketiga-tiga buah kampung. Bangunan ini dibuat berlantaikan tanah dan dinding separuh bambu.
Suasana belajar pada masa itu, sungguh tidak selesa tetapi murid dari sekitar sekolah ini tidak mempunyai pilihan sehinggalah pada tahun 1976 apabila bangunan baru Blok I yang dibiayai oleh Bank Dunia siap dibina.
Pelan Sekolah
Bangunan Blok Sekolah Terkini
Padang
Kantin
Makmal Komputer
Bangunan kelas
Bangunan kelas
Bangunan pejabat
PROFAIL SEK. KEB. TUARID TAUD
NAMA PREMIS | : SEKOLAH KEBANGSAAN TUARID TAUD |
PPD | : KENINGAU |
ZON | : ZON 10 |
SESI PERSEKOLAHAN | : 2 SIDANG |
TAHUN BINA | : 1966 |
BANDAR RUJUKAN UTAMA | : KENINGAU |
EKML | : P |
BANDAR KECIL TERHAMPIR | : KENINGAU |
PERSEKITARAN FIZIKAL | : LUAR BANDAR |
A. PERHUBUNGAN & PENGANGKUTAN
1 | NAMA GURU BESAR | : FRED VINCENT MARUKAU |
2 | NO. TELEFON GURU BESAR | : 019-5817326 |
3 | NO. TELEFON SEKOLAH | : 087-331623 |
4. | NO. FAKSIMILI | : 087-331623 |
5 | KAEDAH PENGANGKUTAN (dari bandar rujukan utama) : | |
| Jenis Pengangkutan | Jarak (km) |
| DARAT (KERETA, BAS dsbg.) | 4 |
B. SAIZ
Jenis Kawasan | Keluasan (Ekar) |
HUTAN (BELUM DIBUKA) | - |
BERUMPUT | 3 |
BERAIR | - |
BERTURAP/ADA BINAAN | 1.6 |
KESELURUHAN | 4.6 |
C . SUMBER MANUSIA
Kategori | Kuantiti (orang) |
KT Mengajar | 44 |
KT Bukan Mengajar | 3 |
Murid | 525 |
D. BEKALAN API & AIR
Bekalan | Tempoh Bekalan Sehari (Jam) | Sumber |
Elektrik | 24 | SESB |
Air | 24 | JABATAN AIR |
E. STRUKTUR FIZIKAL :
1 | PAGAR | : ADA |
2 | JENIS BINAAN BANGUNAN | : PAPAN |
3 | BLOK BANGUNAN : | |
| Bangunan | Bilangan Blok |
| SATU TINGKAT | 7 |
JUMLAH BLOK BANGUNAN | 7 | |
4 | RUANG / BINAAN KHUSUS /ASET : | |
| Jenis Ruang/Binaan/Aset | Kuantiti |
| PEJABAT AM | 1 |
| BILIK GURU | 1 |
| BILIK DARJAH | 9 |
| BILIK KHAS | - |
| BILIK MESYUARAT | - |
| TANDAS (PINTU) | 10 |
| BILIK MANDI / PERSALINAN | - |
| SETOR | 1 |
| PONDOK JAGA | 1 |
| SURAU | 1 (PIBG) |
| DEWAN | - |
| MAKMAL KOMPUTER | 1 |
| KELAS PRA-SEKOLAH | - |
| PINTU PAGAR BERFUNGSI | 1 |
| KANTIN | 1 |
| RUMAH GURU | 5 |
| JANAKUASA SOLAR HIBRID | - |
| KENDERAAN KERAJAAN | - |
| POKOK HIASAN (ATAS TANAH) | 150 |
| POKOK HIASAN (DALAM PASU) | 100 |
| POKOK BUAH | 8 |
Guru-Guru Besar SKTT 1966 - Sekarang