Monday, October 29, 2012
Majlis Khatam AlQuran dan sambutan Aidil Adha 2012
Isnin, 29 Oktober 2012, Sk Tuarid Taud hari ini telah mengadakan Majlis Khatam AlQuran dan Sambutan Aidil Adha. Seramai 5 orang murid Sktt telah berjaya khatam Alquran pada tahun ini. Majlis telah dirasmikan oleh En. Karim Bin Antong. Selepas Majlis tamat, warga Sktt telah dijamu dengan daging korban yang telah sumbangkan oleh beberapa orang guru Sktt pada Hari Raya Kedua.
Monday, October 22, 2012
MINGGU MEMBACA
Isnin, 22 Oktober, Hari ini Sktt melancarkan Minggu Membaca. Pelancaran telah dibuat oleh Ustazah Sarina selaku guru Pusat Sumber Sekolah. Antara tujuan Minggu ini diadakan ialah untuk menggalakkan murid-murid Sktt lebih banyak membaca.
Tuesday, March 27, 2012
MESYUARAT DAN TAKLIMAT KESELAMATAN



27 Mac 2012, satu taklimat dan mesyuarat keselamatan telah diadakan di Makmal Komputer. Taklimat ini dihadiri oleh semua para guru Sk Tuarid Taud. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Dun yang merupakan Pk Petang Sktt. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada semua warga Sktt tentang kepentingan keselamatan di sekolah.
Monday, January 9, 2012
Tuesday, October 11, 2011
Gotong Royong Surau
Sabtu, 8 Oktober 2011, Satu gotong royong untuk menceriakan Surau telah diadakan di SKTT. Gotong royong tersebut telah dijayakan oleh beberapa orang guru pendidikan Islam dan Jqaf SKTT dengan dibantu oleh beberapa orang ibu bapa. Walaupun sambutan dari ibu bapa hambar, namun gotong royong tersebut dikira berjaya. Antara kerja-kerja yang berjaya dilakukan ialah seperti mengecat, memasang pancuran dan menukar tingkap nako. Diharapkan pada masa akan datang gotong royong seperti ini akan lebih mendapat sambutan.
Friday, October 7, 2011
Majlis Perpisahan Guru Pelatih
Jumaat, 7 Oktober 2011, SKTT telah mengadakan satu Majlis Perpisahan untuk meraikan 2 guru pelatih yang selesai melalui praktikum mereka hari ini. Guru pelatih tersebut ialah Cecelia dan amirah. 

Rumah Hijau Juara Sukan Sekolah
Selasa, 4 Oktober 2011, SKTT telah berjaya menganjurkan Sukan Peringkat Sekolah bertempat di Kompleks Sukan Keningau. Dalam acara-acara yang dipertandingkan, Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai johan setelah mendapat 6 pingat emas. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Kuning diikuti Rumah Biru. Rumah Hijau melakar sejarah dengan merangkul piala pusingan yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









