Monday, October 22, 2012

MINGGU MEMBACA

Isnin, 22 Oktober, Hari ini Sktt melancarkan Minggu Membaca. Pelancaran telah dibuat oleh Ustazah Sarina selaku guru Pusat Sumber Sekolah. Antara tujuan Minggu ini diadakan ialah untuk menggalakkan murid-murid Sktt lebih banyak membaca.

Tuesday, March 27, 2012

MESYUARAT DAN TAKLIMAT KESELAMATAN




27 Mac 2012, satu taklimat dan mesyuarat keselamatan telah diadakan di Makmal Komputer. Taklimat ini dihadiri oleh semua para guru Sk Tuarid Taud. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Dun yang merupakan Pk Petang Sktt. Tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada semua warga Sktt tentang kepentingan keselamatan di sekolah.

Monday, January 9, 2012

PERHIMPUNAN PERTAMA SESI 2012


Isnin, 9 januari 2012. Sktt memulakan minggu kedua sesi persekolahan 2012 dengan perhimpunan.

Tuesday, October 11, 2011

Gotong Royong Surau

Sabtu, 8 Oktober 2011, Satu gotong royong untuk menceriakan Surau telah diadakan di SKTT. Gotong royong tersebut telah dijayakan oleh beberapa orang guru pendidikan Islam dan Jqaf SKTT dengan dibantu oleh beberapa orang ibu bapa. Walaupun sambutan dari ibu bapa hambar, namun gotong royong tersebut dikira berjaya. Antara kerja-kerja yang berjaya dilakukan ialah seperti mengecat, memasang pancuran dan menukar tingkap nako. Diharapkan pada masa akan datang gotong royong seperti ini akan lebih mendapat sambutan.

Friday, October 7, 2011

Majlis Perpisahan Guru Pelatih

Jumaat, 7 Oktober 2011, SKTT telah mengadakan satu Majlis Perpisahan untuk meraikan 2 guru pelatih yang selesai melalui praktikum mereka hari ini. Guru pelatih tersebut ialah Cecelia dan amirah. Link

Rumah Hijau Juara Sukan Sekolah


Selasa, 4 Oktober 2011, SKTT telah berjaya menganjurkan Sukan Peringkat Sekolah bertempat di Kompleks Sukan Keningau. Dalam acara-acara yang dipertandingkan, Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai johan setelah mendapat 6 pingat emas. Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Kuning diikuti Rumah Biru. Rumah Hijau melakar sejarah dengan merangkul piala pusingan yang diperkenalkan buat julung-julung kalinya.



Tuesday, September 27, 2011

Mesyuarat Sukan Sekolah 2011

Selasa, 27 Sept. Satu mesyuarat sukan telah diadakan di sktt untuk membincangkan sukan sktt. Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sukan pada 4 Oktober di Kompleks Sukan Keningau.