Monday, November 19, 2012

2 Orang Murid Sk Tuarid Taud Mendapat 5A

Isnin, 19 November 2012, Murid-murid Sk Tuarid Taud Keningau, Sabah membuktikan bahawa kekurangan infrastruktur sekolah tidak menghalang mereka cemerlang dalam UPSR. Keputusan UPSR yang diumumkan hari ini menyaksikan seramai 2 orang calon telah berjaya mendapat 5 A iaitu Darren dan Erna, 6 Orang mendapat 4 A dan 6 orang mendapat 3A. Peratus kelulusan juga telah meningkat kepada 58 peratus iaitu seramai 47 orang daripada 81 orang calon. Bahasa Malaysia Kefahaman mencatatkan keputusan tertinggi iaitu 82.7% diikuti Sains 79%, Bahasa Inggeris 77.8%, Matematik 72.8% dan Bahasa Malaysia Penulisan 64.2%. Sk Tuarid Taud memperolehi GPS 2.68. Tahniah kepada semua yang telah berjaya.

Tuesday, November 6, 2012

Tarikh Keputusan UPSR 2012

Tarikh keputusan UPSR 2012 telah dikeluarkan oleh KPM. Nampaknya para pelajar UPSR terpaksa menunggu sehingga 19November 2012. Harap bersabar yer. http://www.moe.gov.my/mobile.php?id=13&aid=2963&info=1&ip=1