Tuesday, March 29, 2011

Program Star Buddies 2011


Isnin, 28 Mac 2011, Bermula hari ini Pogram Star Buddies 2011 telah berjalan. Hari ini para pelajar diberikan taklimat pelaksanaan oleh penyelaras program kecemerlangan En. Francis Victor. Star Buddies adalah satu program berbentuk bimbingan rakan sebaya.

Surau Hari Ke-7



Antara bahan yang sangat diperlukan buat masa ini ialah
kayu bumbung
, atap dan tingkap

The Second day of English Week




Monday, March 28, 2011

English Week 2011

Today is the first day of our English week which will last until 4th April 2011.The opening ceremony was officiated by our headmaster, Mr Fred Vincent Marukau during the assembly. Students are encourage speak in English whereas the teachers are mandatory to speak in English. Among the activities are crossword puzzles, essay, reading, spelling, story telling, word search, treasure hunt, tongue-twister competitions and also watching movie. All these activities are opened to all students and teachers. We as part of the English Language Panel hope that all these activities will be carried out smoothly and successfully.


Opening Ceremony

Lawatan Petrosains Streetsmart-Lesson For Life ke SKTT


Rabu, 23 Mac 2011, SKTT bertuah kerana menerima lawatan dari Petrosains Streetsmart-Lesson For Life. Seramai 80 orang pelajar dari tahun 4,5,6 Intelek telah terpilih untuk mengikuti aktiviti pada hari tersebut yang dijalankan bermula dari jam 10 pagi. Peserta-peserta yang berjaya dalam aktiviti tersebut menerima hadiah dari pihak pelawat. Tahniah !. dan Terima Kasih.

Seminar Ibu bapa

Sabtu, 26 Mac 2011, SKTT berjaya menganjurkan Seminar Ibu Bapa 2011. Sasaran program ini ialah kepada para ibu bapa murid-murid tahun 6. Seramai 65 orang ibu bapa telah berjaya mendaftarkan diri untuk mengikuti program ini. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh En. Raisin Saidin, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Selepas perasmian, program telah diteruskan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Guru Cemerlang En. Francis Victor. Selepas sesi ceramah, para ibu bapa telah diajak untuk berbengkel membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan sekolah seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka mengikut kumpulan masing-masing.

Tuesday, March 22, 2011

Surau PIBG


Surau sementara sedang dibina oleh PIBG kerana keadaan mendesak.
HARI PERTAMA

Memandangkan keperluan yang mendesak dengan kekurangan ruang untuk belajar bagi pelajar-pelajar Islam SKTT menyebabkan Komuniti Muslim dalam PIBG SKTT mengambil inisiatif segera untuk menangani masalah ini. Diharapkan dengan pembinaan segera ini dapat mengatasi masalah sementara menunggu Surau kekal yang dalam permohonan di peringkat Kementerian.

Sumbangan dari semua pihak adalah amat dialu-alukan
.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Ketua Panitia Pendidikan Islam SKTT Ust. Syed Mohd Zuki.








HARI KE-3 25Mac 2011












HARI KE-6 28Mac 2011

Monday, March 21, 2011

Kami Kembali

Berita baik kepada semua peminat dan pelayar blog SKTT, oleh kerana internet sekolah telah berfungsi semula dengan baik selepas tamat tempoh kontrak dengan School Net pada awal tahun ini maka sukacita dimaklumkan Blog SKTT akan diaktifkan semula.