Monday, August 31, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
WARGA SK TUARID TAUD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA.... SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN MAKMUR. KAMI SEMUA MENYAYANGIMU MALAYSIA.....
Monday, August 24, 2009
Akademi UPSR
HARI PENUTUPAN DAN MAJLIS PENUTUPAN
HARI KEEMPAT AKADEMI UPSR
HARI PERTAMA AKADEMI UPSR
HARI KEEMPAT AKADEMI UPSR
HARI KETIGA AKADEMI UPSR
HARI PERTAMA AKADEMI UPSR
Akademi UPSR
Thursday, August 20, 2009
Majlis Bacaan Yasin, Solat hajat dan Pelancaran Ihya' Ramadhan
Majlis bacaan Yasin, solat hajat dan pelancaran Ihya' Ramadhan telah diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam Sktt di Masjid GDW Kg. Kota Ayangan malam tadi. Majlis ini diadakan sempena Peperiksaan UPSR dan sambutan Ramadhan. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin. Selepas Solat Isyak berjemaah, majlis diisi dengan ceramah/tazkirah ringkas diambang Ramadhan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ust Hj. Muhd Haziq. Majlis diakhiri dengan ucapan pelancaran Ihya' Ramadhan oleh Ust. Syed Muhd. Zuki. Selepas majlis, para hadirin dijamu dengan sedikit jamuan. Sambutan dari para Ibu bapa terhadap majlis ini sangat baik dan menggalakkan.
Friday, August 14, 2009
Terima Kasih Cikgu Santi dan Cikgu Masferanah
Hari ini merupakan hari terakhir 2 orang guru pelatih yang telah menamatkan tempoh praktikum di sekolah ini. Cikgu Santi dan Cikgu Masferanah telah bersama-sama warga Sktt selama 5 minggu. Sktt merupakan sekolah terakhir mereka praktikum sebelum menamatkan pengajian. Bagi meraikan mereka, warga Sktt telah mengadakan majlis perpisahan untuk mereka. "Kami warga Sktt mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan kamu kepada Sktt. Kami doakan kamu berdua berjaya... Good Luck... "
Thursday, August 13, 2009
Semangat Kemerdekaan
Wednesday, August 12, 2009
Monday, August 10, 2009
Selamat Menempuh PRA UPSR
Hari ini pelajar tahun 6 Sktt mengharungi satu lagi peperiksaan sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar. PRA UPSR merupakan peperiksaan di bawah program kecemerlangan UPSR Zon Bingkor. Soalan-soalan peperiksaan digubal dan disediakan oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah-sekolah Zon Bingkor. Diharapkan peperiksaan ini mampu memberikan impak yang baik kepada pelajar untuk mencapai target cemerlang UPSR. SELِِAMAT BERJAYA....
JADUAL PEPERIKSAAN PRA UPSR
Friday, August 7, 2009
Sktt Perlu Bantuan Segera
Lantai Sekolah Sudah Uzur
Wednesday, August 5, 2009
Kem Sahsiah Diri & Kecemerlangan UPSR 2009
Seramai 101 orang murid Tahun 6 telah berkampung di SK Tuarid Taud selama 3 hari 2 malam iaitu dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 sempena Program Kem Sahsiah Diri dan Kecemerlangan UPSR 2009.
Program ini merupakan tradisi yang diadakan setiap tahun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Panitia-panitia Teras sebagai satu usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi kecemerlangan UPSR disamping mengembangkan sahsiah diri setiap murid Tahun 6.
Terima kasih kepada semua guru, KTBM, para pelatih dari IPGM Kampus Keningau dan tentunya murid-murid Tahun 6 yang menjayakan dan memberi kerjasama sepanjang program ini berlangsung.
* Video courtesy from Teacher Trainees IPGM Keningau
Subscribe to:
Posts (Atom)