Friday, April 24, 2009

Klinik Skor 'A' UPSR Peringkat Daerah Keningau

Klinik Skor "A" UPSR Peringkat Daerah Keningau telah diadakan pada 23-24 April 2009 bertempat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau. Program ini adalah hasil kerjasama Universiti Malaysia Sabah (Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial), Pejabat Pelajaran Daerah Keningau dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau.


Seramai 150 orang murid Tahun 6 dari 72 buah sekolah di seluruh daerah Keningau telah mengikuti program ini dengan jayanya. Wakil SK Tuarid Taud ialah Adik Esther dan Adik Afiq dari 6 Intelek. Semoga program ini dapat membantu mereka memantapkan persediaan menghadapi UPSR pada bulan September nanti.

Wednesday, April 22, 2009

Pelancaran Program Bumi Hijau 'Green Earth' Peringkat SK Tuarid Taud

Program Bumi Hijau 'Green Earth' Peringkat SK Tuarid Taud bagi Tahun 2009 telah dilancarkan pada hari ini (22 April 2009 - Rabu). Seluruh dunia juga mengambil tarikh ini sebagai Hari Bumi.

Pada hari ini, guru-guru, KTBM dan murid-murid bersama-sama menanam bunga serta mencantikkan taman / kawasan luar kelas masing-masing selama 1 jam 30 minit iaitu dari jam 7.10 - 8.40 pagi. Tahniah kepada Panitia Sains yang telah berjaya merealisasikan program ini untuk kali kedua dan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua warga SKTT.


Tuesday, April 14, 2009

Karnival Bola Tampar Peringkat Daerah Keningau (12 Tahun Ke Bawah)

Karnival Bola Tampar (Kategori 12 Tahun Ke Bawah) telah diadakan pada 13 dan 14 April 2009 bertempat di SK Pekan 2. Sebanyak 5 buah zon telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan iaitu Zon Bandar, Zon Pekan, Zon Apin-apin, Zon Pegalan dan Zon Bingkor.

Pasukan lelaki Zon Bingkor telah disertai oleh 4 peserta lelaki dari SK Pasir Puteh dan 3 peserta dari SK Tuarid Taud. Bagi pasukan perempuan pula, SK Pasir Puteh dan SK Tuarid Taud masing-masing menghantar 4 orang peserta.

Tahniah kepada pasukan lelaki Zon Bingkor kerana telah mendapat tempat ketiga walaupun hanya berbekalkan persediaan yang singkat untuk menyertai pertandingan ini. Kepada pasukan perempuan yang mendapat tempat ke-4, cuba lagi tahun hadapan.